Tuesday 19 February 2013

CUKUR RAMBUT MY LIL ZAFRAN

Dikongsikan info melalui bacaan berkenaan cukur rambut bayi:

Rambut bayi yang baru lahir adalah sedikit dan sgt lembut setiap helaianya berbanding orang dewasa, Cukur rambut bayi adalah sunnah rasullullah S.A.W yang sunat dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-14 bersekali dengan Akikah. Walaubagaimana pon kebanyakkan org melakukan selepas hari ke-40 dengan alasan yang tertentu seperti menunggu kondisi ibu setelah habis nifas dan keadaan ibu yang sudah fit dari segi kesihatan dan habis tempoh berpantang insyaAllah.

Cukur rambut bayi mmg sgt unik, menurut Islam sndiri cukur rambut bayi seluruhnya, kemudian rambut yang telah dicukur itu ditimbang dan nilai ukuran itu diukur mengikut nilai harga emas semasa, kemudian nilai itu hendaklah disedekahkan kepada orang yang layak menerimanya seperti disedekahkan kepada org miskin, anak yatim, orang yang kurang berkemampuan dan sebagainya.

Contoh menilaikan rambut bayi:
berat rambut yang ditimbah = 1g
harga emas semasa 1g = RM200
* jadi ibubapa bayi perlu mensedekahkan RM200 samaada dalam bentuk wang atau barang kepada orang yang layak menerima.

Banyak kelebihan mencukur rambut baby, antaranya menghilangkan segala kekotoran yang melekat di rambut tersebut semasa bayi dilahirkan selain rambut baru yang bakal tumbuh nanti semakin cantik dan sihat...selain itu juga mengukuhkan pancaindera, penglihatan bayi, pendengaran sebagainya insyaAllah.
* so mommies...jgn sayang2 xnak cukur rambut baby...cukur semua bukan jambul je ...banyak kelabihannya insyaAllah ;)


*********************************************************************************

Berjauhan dari family di perantauan ini mmg kami husband n wife bnyk berdikari, kami kategori young parent..so semua buat sndiri...kalo di Malaysia mesti mak abah dan mertua yang tlg uruskan...nk buat masa mak abah ada masa jaga saya dlm pantang aritu xsempat...masa my hubby cakap dia sndiri yang nk cukurkan rambut baby, takut juga mula2 sbb mcm xcaya hubby saya boleh buat or x, kalo boleh biarla org tua or atok Zafran ke...negok baby yang sgt kecil, kepala baby, ubun2 semua lembut lagi..but hubby said he's allright...anak dia so dia wat sndiri..alhamdulillah ;)

Zafran sebelum bercukur rambut, lebatkan rambut Zafran...

Model : Lil Zafran si comel
Hair Styler : Papa Zafran
Photographer : Ummi Zafran


Proses mencukur mula oleh papa


Alhamdulillah selesai, baby Zafran behave  shj sepanjang papa cukur rambutnye...tq baby!




Rambut yang dicukur

No comments:

Post a Comment