Monday 25 February 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE


Spaghetti Bolognese ini saya buat kemarin, fav lil Zafran...Zafran mmg suka kalo mkn mcm mee, bihun, kueh teow but sangat payah nak makan nasi, so saya mmg selalu buat resepi nie..
resepi asal saya dapat dari my resepi, mmg sedap dan mudah insyaAllah...yang penting my baby sangat suka dan kalo mkn mmg berselera..he always said...more..more..more ;)
 
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE
 
Spaghetti
Bahan: (hidangan untuk portion yang kecil)
1/2 paket spagetti
minyak zaiton
2 liter air
 
Cara:
Rebus air dalam periuk yang tinggi sehingga panas...dan kemudian masukkan spagetti tadi bersama sedikit minyak zaiton (minyak masak pon ok) kacau2 supaya tidak melekat...rebus sampai spaghetti lembut
 
Kuah Bolognese
Bahan:
sedikit butter
1 biji bawang besar putih - dicincang
300 g chicken mince
1 biji carrot - didadu
3 biji tomato segar - didadu
cendawan butang - dihiris nipis
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 - 1 cawan air (boleh guna susu segar but saya guna air sahaja)
sedikit oregano
sedikit garam
 
Cara:
1. Panaskan butter
2. Tumis bawang besar, kemudian masukkan daging mince.
3. Masukkan carrot, cendawan, tomato dan biarkan sebati sehingga tomato keluar air.
4. Masukkan tomato puree dan sos tomato, kemudian masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
5. Masukkan garam dan oregano...biarkan kuah masak dan sebati.
 
Cara menghidang:
Letak spaghetti di mangkuk hidangan, letakkan kuah spaghetti di atas...boleh la ditabur sedikit oregano dan parutan cheese kalo suka ;)
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...