Assalammualaikum,
mm mesti ramai yang suka makan rojak buah kan? terutama orang perempuan.... Rojak buah mmg my fav...masa mula-mula sampai UK I mmg ada bawak stock Kuah rojak sebekas kecil yang dah siap...kot-kot kempunan xdapat makan rojak buah kat UK ;)
I mula belajar buat kuah rojak masa ada satu event kat Notts nie, sorang akak (Kak Mas) bawak rojak buah satu bekas besar...masa itu I ingat dia guna kuah rojak yang dah siap (dalam hati cakap banyak betul stock kuah rojak akak nie ;)....) hihi rupanya dia buat sendiri kuah rojak tu...sedap masa makan rojak buah tu...lebih-lebih lagi makan ramai-ramai...I kalo dapat makan rojak buah mmg heaven ;)
so I share resepi kuah rojak beliau ...I buat mmg jadi dan sedap!
RESEPI KUAH ROJAK
Bahan:
Kicap kipas udang 1/2 botol besar
Cili padi sedikit (ikut nak pedas mana)
Garam
Gula (pakai gula yang banyak dalam 2-3 cawan gula)
Belacan sedikit
Petis udang 1/2 botol kecil
Cara membuat kuah rojak:
- Blend/ kisarkan kicap, cili padi dan belacan.
- Masak bahan kisar bersama gula sehingga pekat.
- Masukkan petis udang semasa kuah hampir pekat dan biarkan masak. Tutup api dan sejukkan.
- Potong buah-buahan kesukaan (apple, mangga, timun, nenas, pear, sengkuang dll.)
- Gaulkan sedikit kuah mengikut kuantiti buah-buahan yang telah dipotong.
- Tabur kacang goreng yang telah ditumbuk sedikit hancur dan bijan (digoreng tanpa minyak) -optional
2 comments:
assalamualaikum edda... alahaiii buat kecur air liur dbuatnya.... kene carik buah2 dulu nih
waalaikumsalam...tq hana ;)
Post a Comment