Assalammualaikum,
Mm terliur tak negok gambar atas nie ;)
Sedap kan makan satay...hari-hari dapat makan satay kan best! I namakan Satay my version ini
'Satay Ayam Sehangat Asmara' hihi ini semua pasal Drama Sehangat Asmara....teringat-ingat masa cucuk nak wat satay nie ;P
satay my version nie special sebab letak madu..so bila makan fuhhh...sehangat asmara! jangat terlama bakar sudah nanti jadi sehangit asmara daa ;)
RESEPI SATAY AYAM SEHANGAT ASMARA
Bahan:
1 kg chicken tight+dada ayam * dipotong kecil
3 biji bawang besar *dikisar
5 ulas bawang putih *dikisar
2 inch halia *dikisar
2 inch galangal @ lengkuas *dikisar
3 batang serai *dikisar
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
Gula (1 1/2 cawan)
Garam
Madu 1/2 cawan
2 sudu serbuk kunyit
lidi pencucuk
Cara:
- Kisar bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia, galangal dan serai)
- Satukan isi ayam yang bersama bahan kisar beserta jintan manis, jintan putih, garam, gula, madu dan serbuk kunyit kemudian diratakan.
- Perap ayam didalam peti sejuk. (kebiasaanya ayam diperap sebelah malam dan keesokkannya boleh la dibakar).
- lidi pencucuk direndam sekejap sebelum dicucuk dengan ayam perapan untuk mengelakkan lidi hangus ;)
- Bakar satay ayam di atas grill atau atas arang.
- Semasa membakar, lembapkan ayam dengan minyak dicampur sedikit dengan air perapan ayam. (boleh menggunakan sebatang serai sebagai 'berus')
- Grill dan balik-balikkan satay tersebut sehingga masak.
- Satay bolehlah dihidang dan dimakan bersama kuah kacang, nasi impit dan timun...selamat mencuba ;)
isi ayam yang digaul rata dengan bahan kisar
ready untuk diperap dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman
isi ayam yang siap dicucuk
I bakar sate menggunakan Healthy Grill George Foreman
Satay yang hampir masak....;)
No comments:
Post a Comment