Assalammualaikum,
Terdapat beberapa tanda hendak bersalin,or macam mana kita nak tahu kalo dah hampir hendak melahirkan ;)
Selalu bakal-bakal ibu agak confius macam mana tanda-tanda sakit nk bersalin...bila dah tahu tanda-tand, bersiapla ke hospital ...
'..eh,betul ke ini tanda-tanda nk bersalin?'
' bila masa sesuai nk pergi hospital?'
Antara tanda-tanda hendak bersalin:
1. Kerap membuang air kecil
Ini salah satu tanda yang biasanya berlaku, makin hampir nakbersalin makin kerap sehingga rasa rimas dan seksanya sebab kerap ke tandas...padahal baru je pergi toilet, or sometime macam 5 minit sekali ;)
2. Keputihan
Keputihan keluar dengan banyak dari faraj.
3. Sakit pinggang belakang
Kita akan rasa sakit di bahagian bawah di belakang badan,
4. Contraction/ pengecutan rahim
Contraction yang kerap berlaku dan konsisten, lebih lama lebih sakit..
Mula-mula kitaakan rasa macam15minit sekali, then 10minit sekali dan makin lama kekerapan itu 5minit sekali dan lebih sakit...jika ini berlaku segera la ke hospital..kalau rumah jauh darihospital kena pergi lebih awal.
* Contraction Braxton Hicks adalah contraction yang tipu-tipu, di mana ianya tidak konsistan dan tidak lama...(Braxton Hicks ini biasanya kita akan rasa 3-4 hari sebelum hari bersalin)
5. Pecah air ketuban
Ini memang tanda sangat hampir, keluarairyang banyak, air initidak berbau seperti air kencing..kalau air ketuban pecah,cepat-cepat ke hospital.
6. Lendir pekat dan berdarah
Lendir ini adalah pekat dan bercampur darah.
Pengalaman saya sendiri, semua tandadi atas saya alami, untuk anak pertama tanda besar pecah air ketuban, untuk anak kedua saya alami keluar lendir bercampur darah (but darah tu sikit sahaja). Boleh baca pengalaman saya untuk
kelahiran anak pertama saya di United Kingdom.