Showing posts with label NOTE DAN TIPS. Show all posts
Showing posts with label NOTE DAN TIPS. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

TIP KESIHATAN

 

Info berguna...tip kesihatan yang perlu kita aware sebab sometime kita lupa atau xtahu bahaya yang ada macam jawab call bila battery hp 1 bar...paras radiasi tinggi! then kalo makan ubat atau vitamin sebelum tido...selalu lepas mkn pil/capsule terus je baring nk tido ;(

Tuesday, 19 March 2013

TIP HILANGKAN PENING KEPALA

Assalammualaikum,

Hari ini saya nk share tip hilangkan pening kepala...
selalu kalau pening selain makan panadol or minum air isotonic, petua lain adalah guna perahan limau nipis...sebenarnya tip nie mak saya yang bagitau..kebetulan dia call then anaknya ini mengadu pening ;), so mak saya suruh cuci rambut dengan perahan limau...

mm negok dlm fridge ada la limau nipis nie..sbb kat UK nie saya mmg guna limau nipis...xpernah jumpa lagi limau kasturi, sebelum tu potong limau tu kecik-kecik senang nk guna nanti...so masa mandi, selawat dlm hati, perahkan limau atas kepala dan gosok-gosok pada kulit kepala mcm kita guna syampo sambil urut kepala tu...biarkan sekejap....kemudian bilas macam biasa...

mm...mmg segar rasa kepala lepas cuci...ha bukan sahaja rasa segar but rambut akan jadi sangat lembut dan Wangi! Alhamdulillah hilang juga pening kepala tu lebih2 lagi rasa segar je...

Banyak juga khasiat limau nipis nie, selain untuk masakan dan kegunaan di dapur,
1. membuatkan rambut wangi dan lembut, saya dah cuba mmg menjadi!

2. ia dapat mengurangkan kelemumur di kepala sebab tu kebanyakkan syampo anti-kelemumur berasaskan limau nipis!

3. mewangikan bau badan, dengan mencampurkan perahan air limau nipis dalam air mandian ia dapat mewangikan bau badan...ehem..ehem mmg sesuai kepada org dah kawin untuk amalkan ;)

4. mencantikkan kuku tangan dan kuku kaki, gosokkan sedikit di kuku tangan dan kaki untuk mendapatkan hasil yang menarik!

5. mengurangkan berat badan dengan meminum air limau nipis...but bukan segelas je berat badan dah turun, kena konsisten dan amalkan insyaAllah ( I yakin tip nie ramai dah tahu)

InsyaAllah saya yakin banyak lagi khasiat limau nipis dalam kehidupan kita seharian selain saya sendiri telah cuba sebagai tip hilangkan pening ;)

Monday, 25 February 2013

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika me...nghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

-semoga menjadi amalan kita semua..


Sunday, 24 February 2013

"8 Pintu Murah Rezeki"


1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya".

Tuesday, 19 February 2013

NUTRISI UNTUK IBU HAMIL

NUTRISI UNTUK IBU HAMIL

Apa yang anda dan suami anda makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi Pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil. Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

1. Asid Folik

Salah satu unsur vitamin B yang... terbentuk didalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang lahir sebanyak 80%!!. Jadi tingkatkan pengambilan asid folik ketika dan sebelum 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2. Zat Besi

Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3. Kalsium

Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4. DHA

Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai 7 bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5. Air

Anda digalakkan untuk minum minumum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain. Jadi, pengambilan nutrisi lengkap sebelum dan semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi terbaik dan selamat.

* sumber: FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

 

Sunday, 10 February 2013

Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. Insya allah :)

p/s: sharing from FB

Thursday, 7 February 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...