Tuesday 30 April 2013

MADAME TUSSAUDS AMSTERDAM

Assalammualaikum,

Hai, seminggu I xsempat update blog...baru balik dari holiday ada mase ke nak update? ehehe ;)
but I kena abiskan juga entry trip I ke Amsterdam baru leh update entry trip yang lain ;)
Madame Tussauds or Wax Museum...uoll pon tahu kan kalo di Madame Tussauds I pergi negok patung lilin la....your celebrities with a waxen stare! Yes bukan orang betul but patung orang-orang terkenal ini telah dicopy 1:1 so uoll mmg boleh lihat dekat-dekat 'orang' yang uoll nak lihat tu macam  Celebs, Royal family, Monalisa, ahli Fizik, bintang sukan, ahli Politik, dan ramai lagi.

plan asal we all xtermasuk sebenarnya nak melawat Madame Tussauds Amsterdam but coupon we all ada lebih dan rasa kalo nak guna coupon yang tinggal itu we all choose masuk Madame Tussauds baru rasa berbaloi sebab tiket nak masuk mmg mahal even I tahu kat London pon ada Madame Tussauds ;)

Madame Tussauds Amsterdam ini terletak di Dam Square, so senang je nak ke sini...
OK jom layan antara pic we all kat sini...

Mr Spiderman!

@ Office Obama!

e=mc2

Monalisa

which one David Beckam?

Which one Tennis player? Rafael Nadal

with the Lanun

 

Anne Frank 
 
 Lady D

Prince William and Duchess of Cambridge

Julia Robert

AJ

TQ ;)

Monday 22 April 2013

RESEPI NASI KERABU

 
Assalammualaikum,
 
Hai, uoll suka makan nasi kerabu? mm sedap kan?...teringat kalo pergi pasar malam selalu cari nasi kerabu ;) I bukan org Kelantan but I suka makan nasi kerabu ini...mm macam mana I tahu makan nasi ini? dulu I pernah berjiran dengan org Kelantan, family Effa, Cik Nah dan En. Ramli...kalo hujung minggu rajin la kawan I Effa ini hantar sedulang makanan ke rumah we all...atas dulang itu penuh la 'nasi kerabu and the geng termasuk budu'....pelik juga sarapan pagi dah makan nasi? maklumlah dulu-dulu zaman I kecik memang rajin jiran-jiran tukar2 makanan nie...berbalas-balas juadah...sebab tu I rasa mak I or mak cik-mak cik jiran tertangga I rajin-rajin dan terror masak sebab mmg aktiviti diorang kot tukar2 juadah nie ;) ape-ape pon mak ke mak cik-mak cik jiran I mmg semua masak sedap2! but now semua jiran dh xada...semua dah pindah balik kampong sendiri..we all pon dah pindah...miss uoll ;)
 
ok berbalik dengan cerita asal...dari kerap sangat makan nasi kerabu nie terus berhantu...sedap je nasi ini...sebab jiran I tu dah pindah, we all pon xsempat belajar ngan jiran...sbb tu mak I kalo pergi pasar malam ke selalu beli 2 bungkus...untuk mak dan I ;)
 
Di Notts ini I pernah juga makan nasi Kerabu, ada sorang akak jual masa bulan puasa..huhu rugi xorder..sedap, aktiviti HELWA (dibuat secara pot luck, setiap org ditugaskan bawa menu nasi kerabu yang ditetapkan) dan ada juga makan di rumah kawan I, Kak Rin dia pandai buat nasi kerabu ;) sebab selalu sangat dengar Kak Rin nie buat nasi kerabu, I rasa I kena juga belajar buat sementara di Notts nie, confirm kalo balik Malaysia I xsempat belajar sebab senang beli di Pasar Malam kot ;)
 
1st time I buat....hihi so now I dah tahu wat nasi kerabu ini! kalo mak I tahu I dah tahu buat mesti nanti balik confirm suruh buat ;) ok I share resepi nasi kerabu yang I buat...so excited dapat buat sendiri walau tiada stock budu...sedap juga ^ - ^ but kalo uoll nak resepi original baiklah bertanya dengan orang Kelantan ;)
 
 
RESEPI NASI KERABU
 
Bahan:
Nasi
Beras
Air
4 helai daun limau purut
1/2 sk pewarna biru
 
Sambal tumis
3 biji bawang besar    * dikisar
4 ulas bawang putih   * dikisar
1 inch halia                * dikisar
2 batang serai            * dikisar
2 senduk cili kisar
1 batang serai
1 tin santan
2-3 asam keeping
garam
gula
gula merah/ gula Melaka
 
Sambal Kelapa
Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
Kelapa parut goreng tanpa minyak (Kali ini I dh ada kelapa goreng siap..special sebab kelapa ini dikirim khas oleh mak mertua Kak Rin yang disangai atas arang...tq Kak Rin bagi I sikit ;))-
1 biji bawang besar
2 batang serai
garam
gula
 
Sambal cili
Cili padi
garam
gula
1 biji air perahan limau nipis
 
Lauk nasi kerabu:
Ayam goreng kunyit
Daging bakar dihiris nipis
Telur masin direbus
Sayuran kesukaan (kubis, carrot, taugeh, salad dll)
Solok Lada
 
Cara:
Nasi
  1. Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak ;)
  2. Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.
Sambal tumis
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.
  3. Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.
  5. Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.
Sambal kelapa:
  1. Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.
  2. Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata (I skip step goreng tu sebab dah ada kelapa goreng siap...kalo tiada bolehlah digoreng 1mangkuk kecil kelapa digoreng tanpa minyak)
  3. Masukkan garam dan gula dan digaul rata.
Sambal cili
  1. Kisar/tumbuk cili padi.
  2. Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.
Hidangan:
Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran...Nasi Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk ;)
 



Sunday 21 April 2013

RESEPI PAVLOVA CREAM CHEESE YUMMY....STEP BY STEP

 
Assalammualaikum,
 
Hai, arini I share resepi PAVLOVA...teruja lihat pavlova nie sebab pernah lihat ada kawan-kawan FB upload pic makan PAVLOVA...terliur tau ;) almaklum lah kat sini kalo nak makan mcm ni xboleh dapat on the spot or kedai yang jual...semua kena buat sendiri...so I pon merajinkan diri nak buat PAVLOVA sendiri...this is PAVLOVA my version sebab semua yang I jumpa resepi yang pakai whipping cream...I pernah cuba xkental2 whipping cream tu...so xnak ambil risiko membazir...I buat PAVLOVA my version guna cream cheese...yes...mmg berbaloi...sangat sedap! so..yummy! uoll try la rupanya nak buat pavlova senang sgt, bahan pon senang je...rugi kalo x cuba.... ;)
 
 
RESEPI PAVLOVA CREAM CHEESE
 
Bahan:
Meringue
5 biji putih telur gred C
1/2 cawan gula caster (kalo suka manis boleh letak 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil essen vanilla
 
Cream cheese
300ml soft cream cheese
1/2 buku butter (125g)
3/4 cawan icing sugar
 
Hiasan
buah-buahan segar kesukaan: strawberry dan kiwi
 
 
Cara:
Meringue
  1. Panaskan oven 150C atau 4 mark.
  2. Pastikan bekas mixer ada bersih dari sebarang kekotoran untuk menjamin warna merinque putih gebusss...
  3. Asingkan putih telur bersama kuning telur...*hanya ambil putih telur sahaja ;)
  4. Pukul putih telur menggunakan mixer sehingga berbuih.
  5. Masukkan gula caster dan pukul lagi sampai kental (ambil masa lama ~10 min - 15min) sehingga menjadi meringue putih gebu...anda boleh uji meringue itu dah cukup kental atau tidak adalah bila kita terbalikkan bekas adunan, meringue tidak jatuh.
  6. Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
  7. Letak adunan di atas baking paper mengikut saiz bulatan yang ada mahu. (saya buat 2 lapis so saya kena bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau 2 bulatan yang sama besar..kalo nak mudah buat 1 layer sahaja pon dh ok)
  8. Masukkan adunan di dalam oven dan setelah masuk ke dalam oven turunkan suhu oven kepada 140C atau 3 mark dan bakar sehingga 1 jam - 1 jam 10 minit (bergantung kepada oven)
  9. Sementara menungu meringue masak bolehlah potong buah-buahan untuk hiasan.
  10. Apabila sudah masak, biarkan meringue sejuk didalam oven dengan merenggangkan pintu oven..jangan terus disejukkan di luar..nanti 'terkejut' meringue...;)
 
Cream Cheese:
  1. Masukkan soft cream cheese, butter dan gula icing ke dalam bekas dan pukul menggunakan mixer sehingga sebati. (boleh letak perahan lemon sedikit...I tidak letak
 
Cara sapu cheese cream dan hiasan:
  1. Meringue yang telah sejuk di alihkan di atas serving plate secara berhati-hati kerana di dalam meringue sangat lembut.
  2. Sapukan cream cheese di atas lapisan pertama dan ratakan menggunakan spatula.
  3. Tabur sedikit buah-buahan.
  4. Letak lapisan kedua dan sapukan cream cheese sehingga rata termasuk bahagian tepi sehingga cream cheese habis.
  5. Tabur atau susun buah-buahan mengikut kesukaan anda.
  6. Ok siap, boleh masuk di dalam peti sejuk kerana palova ini sedap dimakan ketika sejuk terutama cheese cream ;)
bahan untuk pavlova
 
putih telur
 
 
meringue yang gebuss...
 
 masukkan tepung jagung
 
masukkan cuka makan
 
masukkan esen vanilla
 
mm...cara nak uji meringue
 
adunan dibahagi kepada dua bahagian untuk mendapatkan dua layer
 
strawberry dan kiwi
 
meringue yang dah sejuk (1st layer)
 
letak cream cheese
 
tabur buah atas 1st layer
 
2nd layer meringue
 
ratakan cheese cream di atas meringue
 
susun strawberry dan kiwi mengikut kreativiti

so yummy...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 17 April 2013

ROJAK BUAH

 


Assalammualaikum,

mm mesti ramai yang suka makan rojak buah kan? terutama orang perempuan.... Rojak buah mmg my fav...masa mula-mula sampai UK I mmg ada bawak stock Kuah rojak sebekas kecil yang dah siap...kot-kot kempunan xdapat makan rojak buah kat UK ;)

I mula belajar buat kuah rojak masa ada satu event kat Notts nie, sorang akak (Kak Mas) bawak rojak buah satu bekas besar...masa itu I ingat dia guna kuah rojak yang dah siap (dalam hati cakap banyak betul stock kuah rojak akak nie ;)....) hihi rupanya dia buat sendiri kuah rojak tu...sedap masa makan rojak buah tu...lebih-lebih lagi makan ramai-ramai...I kalo dapat makan rojak buah mmg heaven ;)
so I share resepi kuah rojak beliau ...I buat mmg jadi dan sedap!


RESEPI KUAH ROJAK

Bahan:
Kicap kipas udang 1/2 botol besar
Cili padi sedikit (ikut nak pedas mana)
Garam
Gula (pakai gula yang banyak dalam 2-3 cawan gula)
Belacan sedikit
Petis udang 1/2 botol kecil

Cara membuat kuah rojak:
  1. Blend/ kisarkan kicap, cili padi dan belacan.
  2. Masak bahan kisar bersama gula sehingga pekat.
  3. Masukkan petis udang semasa kuah hampir pekat dan biarkan masak. Tutup api dan sejukkan.
Cara menghidang:
  1. Potong buah-buahan kesukaan (apple, mangga, timun, nenas, pear, sengkuang dll.)
  2. Gaulkan sedikit kuah mengikut kuantiti buah-buahan yang telah dipotong.
  3. Tabur kacang goreng yang telah ditumbuk sedikit hancur dan bijan (digoreng tanpa minyak) -optional

SATAY AYAM SEHANGAT ASMARA


Assalammualaikum,

Mm terliur tak negok gambar atas nie ;)
Sedap kan makan satay...hari-hari dapat makan satay kan best! I namakan Satay my version ini
'Satay Ayam Sehangat Asmara' hihi ini semua pasal Drama Sehangat Asmara....teringat-ingat masa cucuk nak wat satay nie ;P

satay my version nie special sebab letak madu..so bila makan fuhhh...sehangat asmara! jangat terlama bakar sudah nanti jadi sehangit asmara daa ;)


RESEPI SATAY AYAM SEHANGAT ASMARA

Bahan:
1 kg chicken tight+dada ayam * dipotong kecil
3 biji bawang besar              *dikisar
5 ulas bawang putih             *dikisar
2 inch halia                           *dikisar
2 inch galangal @ lengkuas *dikisar
3 batang serai                       *dikisar
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
Gula (1 1/2 cawan)
Garam
Madu 1/2 cawan
2 sudu serbuk kunyit
lidi pencucuk


Cara:
  1. Kisar bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia, galangal dan serai)
  2. Satukan isi ayam yang bersama bahan kisar beserta jintan manis, jintan putih, garam, gula, madu dan serbuk kunyit kemudian diratakan.
  3. Perap ayam didalam peti sejuk. (kebiasaanya ayam diperap sebelah malam dan keesokkannya boleh la dibakar).
  4. lidi pencucuk direndam sekejap sebelum dicucuk dengan ayam perapan untuk mengelakkan lidi hangus ;)
  5. Bakar satay ayam di atas grill atau atas arang.
  6. Semasa membakar, lembapkan ayam dengan minyak dicampur sedikit dengan air perapan ayam. (boleh menggunakan sebatang serai sebagai 'berus')
  7. Grill dan balik-balikkan satay tersebut sehingga masak.
  8. Satay bolehlah dihidang dan dimakan bersama kuah kacang, nasi impit dan timun...selamat mencuba ;)

 isi ayam yang digaul rata dengan bahan kisar
 
 
 
ready untuk diperap dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman
 
 
 
isi ayam yang siap dicucuk
 
 
 
I bakar sate menggunakan Healthy Grill George Foreman
 

 
 
Satay yang hampir masak....;)
 
 
 

TODDLER MEAL: HOME SWEET HOME...


Toddler Meal : Home sweet home...
Bahan: Jagung dan carrot stick kegemaran lil' Zafran ;)

Tuesday 16 April 2013

PAU KELAPA SEGERA

 
Hari ini menjamu selera dengan pau kelapa nie...ready to kukus ;)
melepas rindu makan pau, nk buat mmg malas..so I beli yang ready to kukus  sahaja.


Sunday 14 April 2013

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG


RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan:
3 senduk cili kisar
2 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1/2 kg udang segar berkulit
air asam jawa
garam
gula


Cara:
  1. Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar dan bawang putih) sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing atau sehingga cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa kacau rata kemudian masukkan garam dan gula.
  4. Masukkan udang dan biarkan masak. Rasa sambal supaya tidak manis dan tidak terlalu masin.
  5. Bolehlah dihidang ;)

Saturday 13 April 2013

AMSTERDAM CITY: CANAL CRUISES

 

 
Hi,
Hari ini saya sambung lagi entri pasal Amsterdam City, banyak aktiviti dan tempat menarik di Amsterdam City ini, seperti saya pernah di beritahu dalam enrty sebelum ini, Amsterdam juga terkenal sebagai Venice of the North kerana terdapat banyak canal disini.

Kedatangan kami kali ke-2 di Amsterdam ini kami tidak lepaskan peluang untuk naik cruise. Berdekatan dengan Amsterdam Station uoll boleh jumpa Canal Cruises Excursions ini, tiket boleh beli on the spot juga. Kita xperlu tunggu lama untuk tunggu turn kerana terdapat banyak cruises disediakan. Amsterdam sabah hari mmg dipenuhi pelancong, oleh itu mereka banyak menyediakan aktiviti untuk pelancong dan juga merupakan sumber pendapatan penduduk tempatan.

Selain cruise terdapat juga pendekatan lain untuk uoll yang ingin membuat City tour seperti Hop on Hop off Bus, kami menggunakan Amsterdam Pass jadi kami berpeluang untuk City Tour di darat menggunakan bas dan di air dengan Cruise ;)
 



Cruises yang kami naik,
 
 
Di dalam cruise ini seat adalah seperti di Café, ada makanan ringan juga dijual di dalam cruise, dan lebih santai untuk lihat sendiri Amsterdam City ini degan menaiki Cruise..
 

Antara pemandangan dari dalam cruise,
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...