Bunga daffodil selalunya dikaitkan dengan bermulanya musim spring di kebanyakkan tempat terutama bagi Negara empat musim seperti UK. Bunga Daffodil juga dikenali dengan nama Narcissus. Daffodil berkembang hanya pada satu masa yang pendek sahaja, dan tidak bekembag sepanjang tahun.
Daffodil tumbuh meliar dan boleh dilihat di tepi-tepi jalan dan bunga daffodil ini senang tumbuh kalo ditanam samada dalam pot atau atas tanah biasa. Untuk gardener biasanya mereka akan tanam bunga ini semasa Autum dan Winter dan bunga ini biasanya berkembang semasa Spring. Paling menarik bunga ini tidak pernah tumbuh semasa Summer!
Untuk peminat daffodil bunga ini ada dua bunga atau 'double flower' dan satu adalah berbentuk 'cup'. Bagi yang tidak tahan sangat cuaca sejuk di UK ini, kalo nampak daffodil mula tumbuh pasti tersenyum sebab menandakan 'SPRING' dah tiba!
Tahun ini saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar tulip disekitar Notts sebagai kenangan kami sekeluarga di UK ;)
No comments:
Post a Comment