Assalammualaikum,
Bulan ini bulan yang agak buzy bagi saya kerana perlu pack all barang2 rumah nk pindah...but InsyaAllah saya kena curi masa juga nk update sedikit utk blog ini supaya xbersawang ;) maklumlah blogger baru, untuk menghasilkan blog yang baik perlu take time...but it doesn't mean take time tu kena berehat or xperlu ada entry...hihi xkisah la I update resepi or ape2..yang penting target I tetap perlu update ;)
Resepi mudah yang sedap...kuih gulung or ada orang pangil kuih ketayap.... kuih ini ramai orang suka xkira budak kecik or orang besar kan ;)
resepi ini saya rasa penyediaan mudah sahaja nak buat...inti dan kulitnya...but kena berdiri la mcm buat roti jala, berdiri depan dapur dan kena cepat juga sebab buat kulit sekejap then kena angkat kulit untuk menggulung...xmacam kuih yang dibakar or dikukus....letak sahaja biarkan sampai masak...but hasil memang berbaloi...puas makan sbb sedap!
RESEPI KUIH GULUNG @ KUIH KETAYAP
Bahan:
Inti
Desiccated coconut/ kelapa kering
Gula merah
Gula pasir * optional jika gula merah kurang manis
Daun pandan
1/4 cawan air
Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan fresh milk * boleh guna santan
beberapa titik paste pandan * boleh letak pewarna hijau
secubit garam
Cara:
Inti
- Panaskan air, gula merah, gula pasir (letak sedikit sahaja jika gula merah sudah manis) dan simpulan daun pandan sehingga mendidih.
- Masukkan kelapa kering dan gaul rata. Jangan masak terlalu kering. Tutup api dan sejukkan inti.
- Masukkan semua bahan untuk membuat kulit ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
- Panaskan pan @ kuali leper, oles sedikit minyak.
- Masukkan adunan kulit 1 senduk kecil dan ratakan atas pan dengan cara pusingkan pan kiri dan kanan.
- Bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat kulit.
- Letakkan inti ditengah-tengah dan lipat kulit dikiri dan kanan, kemudian gulung kemas-kemas.
- Buat sehingga adunan habis.
- Siap untuk dihidang, atau minum petang dengan Teh 'O!
nice blog...
ReplyDeleteTq sis ;)
ReplyDeleteSalam sis..ada tips ka xmau bagi kulit melekat d kuali?tq sis..
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSedappp, Kuih feberet utk breakfas,
Dulu2 pg mak selalu sediakan
Salam perkenalan ye
Masa buat adunan kulit tu campur sikit minyak masak.
ReplyDelete