Friday, 10 May 2013

RESEPI MASAK LEMAK TELUR ITIK NENAS



Asslammualaikum,

mm this week dah start buzy sikit, maklumlah kena pack barang-barang nak pindah rumah ;)
so mmg xsempat nak update blog...

Sometime mmg pening pikir nak masak ape...main menu asyik ayam or ikan je ;)
so kali ini tukar selera...Masak lemak telur itik! telur itik I rasa senang juga nak jumpa kat UK nie....selalu orang masak lemak telur itik lawan dengan belimbing buluh...sebab xde belimbing buluh saya letak nenas...fuhhh...sodap!

RESEPI MASAK LEMAK TELUR ITIK NENAS

Bahan:
1 biji bawang besar  * dikisar
2 ulas bawang putih  * dikisar
10 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan)  * dikisar
1 batang serai
4 biji telur itik
1/2 biji buah nenas yang dihiris nipis
1 tin santan (400 ml)
1 sudu kecil serbuk kunyit
daun kunyit
asam keping
garam
air

Cara:
  1. Masak bahan kisar,serai, serbuk kunyit dan asam keping sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau untuk mengelak santan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kunyit dan jika kuah terlalu pekat boleh ditambah air. Perasakan garam.
  4. Pecah telur di dalam mangkuk dan masukkan perlahan-lahan di dalam kuah mendidih tadi.
  5. Ulangi memasukkan telur sehingga habis dan menjarakkan sedikit antara telur supaya telur tidak melekat.
  6. Biarkan masak seketika sehingga telur sedikit keras.
  7. Masukkan nenas dan kacau perlahan-lahan sehingga masak.
  8. Tutup api...tadaaa..dh siap!

Bahan utama, telur itik bukan yang masin ye ;)

lihatla kuning telur yang cantik tu ;)

Menjarakkan jarak antara telur untuk elak telur melekat

No comments:

Post a Comment