Sunday 24 March 2013

SUSHI STEP BY STEP


Assalammualaikum,

'Sushi' bermaksud 'sour' adalah makanan yang berasal dari Negara Jepun (Japan), tetapi sekarang sushi nie dah boleh dapat di mana-mana sahaja inside or outside Japan..sushi adalah salah one of the best-known forms of Japanese crusine worldwide...bukan orang jepun suka Sushi ;)

1st time wat sushi sendiri, selalu nk makan sushi saya beli sahaja...dah lama nak buat sendiri nampak macam senang je..'ala nasi tu digulung2 je then letak la inti ape2 kat dalam tu..' fuhh...bila wat sndiri baru tahu cabarannya ;) sushi nie ada banyak bentuk tapi 1st time buat saya rasa yang gulung2 nie la yg sesuai untuk yang baru belajar macam saya.

Untuk membuat sushi ini saya beli sushi kit, senang sebab apa yang kita perlu untuk buat sushi semua dh lengkap termasuk step/cara nak buat sushi. 'Sushi kit' terdidi daripada beras sushi, rice vinegar, bamboo rolling mat(tikar nak gulung), wasabi, soy sauce(kicap nak makan sushi), ginger (jeruk halia) dan nori (seaweed).


RESEPI BUAT SUSHI STEP BY STEP

Bahan Sushi:
beras sushi
rice vinegar
bamboo rolling mat(tikar nak gulung)
wasabi,
soy sauce(kicap nak makan sushi)
ginger (jeruk halia)
nori (seaweed)

Bahan inti/lauk sushi:
Tuna
Mayonnaise
Crab cake
Telur dadar goring
Timun

Cara:
  1. Basuh bersih beras sushi, masak mengikut sukatan air yang telah ditetapkan (bergantung pada jenis/jenama beras sushi yang diguna) sukatan saya 250g beras sushi bersama 330ml air (macam masak nasi biasa sukatannya)
  2. Sementara menuggu masi sushi masak, bolehla sediakan inti/lauk sushi (goring telur dada dan potong memanjang, tuna digaul bersama mayonnaise, timun dipotong panjang, dan crab cake dibersihkan dan direndam dlm air panas sekejap)
  3. Biar nasi sushi sejuk sedikit kemudian nasi sushi itu digaul bersama rice vinegar/ cuka sushi.
  4. Sediakan bamboo rolling mat (tikar sushi) di permukaan rata, letakkan seaweed di atas tikar tersebut (seaweed boleh digunting mengikut saiz sushi yang kita nak buat)
  5. letakkan nasi yang telah digaul dengan cuka tadi di atas seaweed dan ratakan
  6. Letakkan inti/lauk sushi atas nasi tadi dan bolehlah digulung/roll kan tikar tadi
  7. Sushi yang digulung tadi bolehlah dipotong mengikut saiz yang kita suka or macam saiz sushi yang kita beli di supermarket ;)
  8. Sedia untuk dimakan bersama soy sauce, wasabi dan halia jeruk jika suka.

bahan dalam kit buat sushi ;)
 


 
 beras yang telah dibasuh dan sedia untuk ditanak
 


inti/ lauk sushi
(egg stripe, timun & crab cake)
 
 
 
(tuna & mayonnaise)

 
 
letakkan inti sushi atas nasi tadi
 
 
 
sushi yang siap digulung dan perlu dipotong mengikut saiz yang kita nak ;)
 
 
tadaaaa....sushi siap!
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...