Sunday 21 April 2013

RESEPI PAVLOVA CREAM CHEESE YUMMY....STEP BY STEP

 
Assalammualaikum,
 
Hai, arini I share resepi PAVLOVA...teruja lihat pavlova nie sebab pernah lihat ada kawan-kawan FB upload pic makan PAVLOVA...terliur tau ;) almaklum lah kat sini kalo nak makan mcm ni xboleh dapat on the spot or kedai yang jual...semua kena buat sendiri...so I pon merajinkan diri nak buat PAVLOVA sendiri...this is PAVLOVA my version sebab semua yang I jumpa resepi yang pakai whipping cream...I pernah cuba xkental2 whipping cream tu...so xnak ambil risiko membazir...I buat PAVLOVA my version guna cream cheese...yes...mmg berbaloi...sangat sedap! so..yummy! uoll try la rupanya nak buat pavlova senang sgt, bahan pon senang je...rugi kalo x cuba.... ;)
 
 
RESEPI PAVLOVA CREAM CHEESE
 
Bahan:
Meringue
5 biji putih telur gred C
1/2 cawan gula caster (kalo suka manis boleh letak 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil essen vanilla
 
Cream cheese
300ml soft cream cheese
1/2 buku butter (125g)
3/4 cawan icing sugar
 
Hiasan
buah-buahan segar kesukaan: strawberry dan kiwi
 
 
Cara:
Meringue
  1. Panaskan oven 150C atau 4 mark.
  2. Pastikan bekas mixer ada bersih dari sebarang kekotoran untuk menjamin warna merinque putih gebusss...
  3. Asingkan putih telur bersama kuning telur...*hanya ambil putih telur sahaja ;)
  4. Pukul putih telur menggunakan mixer sehingga berbuih.
  5. Masukkan gula caster dan pukul lagi sampai kental (ambil masa lama ~10 min - 15min) sehingga menjadi meringue putih gebu...anda boleh uji meringue itu dah cukup kental atau tidak adalah bila kita terbalikkan bekas adunan, meringue tidak jatuh.
  6. Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
  7. Letak adunan di atas baking paper mengikut saiz bulatan yang ada mahu. (saya buat 2 lapis so saya kena bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau 2 bulatan yang sama besar..kalo nak mudah buat 1 layer sahaja pon dh ok)
  8. Masukkan adunan di dalam oven dan setelah masuk ke dalam oven turunkan suhu oven kepada 140C atau 3 mark dan bakar sehingga 1 jam - 1 jam 10 minit (bergantung kepada oven)
  9. Sementara menungu meringue masak bolehlah potong buah-buahan untuk hiasan.
  10. Apabila sudah masak, biarkan meringue sejuk didalam oven dengan merenggangkan pintu oven..jangan terus disejukkan di luar..nanti 'terkejut' meringue...;)
 
Cream Cheese:
  1. Masukkan soft cream cheese, butter dan gula icing ke dalam bekas dan pukul menggunakan mixer sehingga sebati. (boleh letak perahan lemon sedikit...I tidak letak
 
Cara sapu cheese cream dan hiasan:
  1. Meringue yang telah sejuk di alihkan di atas serving plate secara berhati-hati kerana di dalam meringue sangat lembut.
  2. Sapukan cream cheese di atas lapisan pertama dan ratakan menggunakan spatula.
  3. Tabur sedikit buah-buahan.
  4. Letak lapisan kedua dan sapukan cream cheese sehingga rata termasuk bahagian tepi sehingga cream cheese habis.
  5. Tabur atau susun buah-buahan mengikut kesukaan anda.
  6. Ok siap, boleh masuk di dalam peti sejuk kerana palova ini sedap dimakan ketika sejuk terutama cheese cream ;)
bahan untuk pavlova
 
putih telur
 
 
meringue yang gebuss...
 
 masukkan tepung jagung
 
masukkan cuka makan
 
masukkan esen vanilla
 
mm...cara nak uji meringue
 
adunan dibahagi kepada dua bahagian untuk mendapatkan dua layer
 
strawberry dan kiwi
 
meringue yang dah sejuk (1st layer)
 
letak cream cheese
 
tabur buah atas 1st layer
 
2nd layer meringue
 
ratakan cheese cream di atas meringue
 
susun strawberry dan kiwi mengikut kreativiti

so yummy...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...