Monday 18 March 2013

SARDIN ROLL

 
 
Assalamualaikum,
Hari nie saya share resepi sardin roll....penat juga hari-hari selalu nk pikir ape nak wat untuk minum petang atau sarapan...misi menghabiskan roti yang hampir nk expired kat rumah, Sardin dalam tin mmg insyaAllah sentiasa ada kat rumah sebab mmg wat stock ;)
so menu yang mudah dan ringkas...Sardin Roll!
 
RESEPI SARDIN ROLL
 
Bahan:
Beberapa keping roti
1 tin sardin ikan dalam sos tomato
bawang besar dihiris halus
garam
3 biji telor
minyak untuk menggoreng
sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (sebagai gam roti)
 
Cara
1. masak sardin
   (tumis bawang besar, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit, kemudian masukkan garam)
2. roti dileperkan menggunakan penggelek
3. letakkan sardin yang telah digoreng tadi di atas roti, kemudian gulung roti tersebut.
4. sapukan gam pada hujung roti tersebut.
5. buat mengikut kuantiti yang diingini atau sehingga roti habis.
6. pukul telur di dalam mangkuk.
7. panaskan minyak di dalam kuali.
8. roti yang telah siap diletakkan inti sardin tadi dicelup atau digolek-golekkan dengan telur.
9. masukkan roti yang telah bersalut telur tadi di dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
10. lakukan sehingga habis roti tersebut.
11. boleh dimakan semasa masih panas.
 
 
roti yang telah diletakkan inti sardin di dalamnya
 

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...