Wednesday 17 April 2013

ROJAK BUAH

 


Assalammualaikum,

mm mesti ramai yang suka makan rojak buah kan? terutama orang perempuan.... Rojak buah mmg my fav...masa mula-mula sampai UK I mmg ada bawak stock Kuah rojak sebekas kecil yang dah siap...kot-kot kempunan xdapat makan rojak buah kat UK ;)

I mula belajar buat kuah rojak masa ada satu event kat Notts nie, sorang akak (Kak Mas) bawak rojak buah satu bekas besar...masa itu I ingat dia guna kuah rojak yang dah siap (dalam hati cakap banyak betul stock kuah rojak akak nie ;)....) hihi rupanya dia buat sendiri kuah rojak tu...sedap masa makan rojak buah tu...lebih-lebih lagi makan ramai-ramai...I kalo dapat makan rojak buah mmg heaven ;)
so I share resepi kuah rojak beliau ...I buat mmg jadi dan sedap!


RESEPI KUAH ROJAK

Bahan:
Kicap kipas udang 1/2 botol besar
Cili padi sedikit (ikut nak pedas mana)
Garam
Gula (pakai gula yang banyak dalam 2-3 cawan gula)
Belacan sedikit
Petis udang 1/2 botol kecil

Cara membuat kuah rojak:
  1. Blend/ kisarkan kicap, cili padi dan belacan.
  2. Masak bahan kisar bersama gula sehingga pekat.
  3. Masukkan petis udang semasa kuah hampir pekat dan biarkan masak. Tutup api dan sejukkan.
Cara menghidang:
  1. Potong buah-buahan kesukaan (apple, mangga, timun, nenas, pear, sengkuang dll.)
  2. Gaulkan sedikit kuah mengikut kuantiti buah-buahan yang telah dipotong.
  3. Tabur kacang goreng yang telah ditumbuk sedikit hancur dan bijan (digoreng tanpa minyak) -optional

2 comments:

hana said...

assalamualaikum edda... alahaiii buat kecur air liur dbuatnya.... kene carik buah2 dulu nih

Unknown said...

waalaikumsalam...tq hana ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...