Sunday 26 May 2013

CHEERY BLOSSOM @ BUNGA SAKURA

Sakura @ Cherry Blossom di UK? YES..it's!
Sebenarnya soalan itu adalah dari saya sendiri, ini adalah kerana sebelum sampai di UK saya hanya ingat bunga Sakura atau dikenali sebagai Cherry Blossom itu hanya ada di Negara Jepun atau Korea sahaja...ini kerana bila selalu menonton filem-filem atau drama-drama dari negara Matahari terbit itu....(I ni terpengaruh negok cerita 'Winter Sonata')...saya terkejut juga bila mula-mula nampak Pokok ini di sini, tidak percaya yang saya lihat ini pokok Sakura ;), so setiap tahun bila musim Sakura saya akan gambar kenangan kami di sini.

Cantiknya Sakura saya pasti ramai yang suka bila negok sakura, warna bunga yang lembut dan Comel itu sehingga pernah berangan satu hari nanti nak pergi Jepun nak lihat Sakura sendiri! Alhamdulillah xperlu sampai ke Jepun tapi hajat nak lihat sendiri Bunga Sakura bila Sakura@ Cherry Blossom itu ada di UK...malah di Notts!

Pokok Sakura ini besar rupanya, macam pokok mangga ;). Pokok Sakura ini berbunga hanya pada masa yang pendek semasa 'Spring' (tahun ini adalah pada awal April). Bila bunga sakura ini berbunga dengan kembang saya pasti ramai tidak lepaskan perluang untuk merakam gambar kenangan di sini kerana sekali setahun sahaja dan hanya berkembang cantik dalam 2 - 3 minggu sahaja, selepas itu bunga sakura ini akan gugur dan bewarna hitam seterusnya hanya daun-daun Sakura yang menghijau itu sahaja yang akan menghiasi pokok ini. Untuk kawan-kawan yang baru sampai di UK atau di Notts terutamanya jangan lepaskan peluang 'Sakura Time'!






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...