Kuih Puteri Ayu ini I dah lama buat, acuan kuih ini mak saya bawa masa jaga saya dalam pantang...Mak saya mmg tahu ini kuih pebret anak dia, so mak saya bawa la acuan kuih ini termasuk ovellet dari Malaysia...ok saya share resepi kuih puteri ayu yang mudah je nak buat...kuih Puteri ayu yang sangat gebuss..biasanya orang buat warna hijau atau ada juga buat warna-warni ;)
RESEPI KUIH PUTERI AYU
Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 cawan santan *lagi wangi jika guna air pandan+santan
1 3/4 cawan gula pasir
1 sudu ovellet
sedikit paste pandan * xada pon ok
sedikit pewarna hijau
esen vanila
Inti:
1/2 biji kelapa digaul bersama tepung sagu dan sedikit garam
@ jika guna desicated coconut, boleh lembapkan kelapa kering tersebut dengan air dan masuk dalam microwave, kemudian gaulkan bersama tepung sagu dan garam.
Cara:
- Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak dan ketepikan.
- Pukul gula dan telor sampai kembang.
- Masukkan ovellet, esen vanila, santan, dan paste pandan.
- Masukkan tepung dan pewarna hijau, gaulkan sebati semua adunan.
- Masukkan sedikit inti kelapa putih dan tekan sedikit di dalam acuan.
- Masukkan adunan tepung atas kelapa dan pastikan tidak terlalu penuh dalam acuan kerana kuih akan kembang bila dikukus.
- Panaskan pengukus dan kukus kuih 5-7 minit sahaja. Selamat muncuba ;)
0 comments:
Post a Comment