Asslammualaikum,
mm this week dah start buzy sikit, maklumlah kena pack barang-barang nak pindah rumah ;)
so mmg xsempat nak update blog...
Sometime mmg pening pikir nak masak ape...main menu asyik ayam or ikan je ;)
so kali ini tukar selera...Masak lemak telur itik! telur itik I rasa senang juga nak jumpa kat UK nie....selalu orang masak lemak telur itik lawan dengan belimbing buluh...sebab xde belimbing buluh saya letak nenas...fuhhh...sodap!
RESEPI MASAK LEMAK TELUR ITIK NENAS
Bahan:
1 biji bawang besar * dikisar
2 ulas bawang putih * dikisar
10 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan) * dikisar
1 batang serai
4 biji telur itik
1/2 biji buah nenas yang dihiris nipis
1 tin santan (400 ml)
1 sudu kecil serbuk kunyit
daun kunyit
asam keping
garam
air
Cara:
- Masak bahan kisar,serai, serbuk kunyit dan asam keping sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau untuk mengelak santan pecah minyak.
- Masukkan daun kunyit dan jika kuah terlalu pekat boleh ditambah air. Perasakan garam.
- Pecah telur di dalam mangkuk dan masukkan perlahan-lahan di dalam kuah mendidih tadi.
- Ulangi memasukkan telur sehingga habis dan menjarakkan sedikit antara telur supaya telur tidak melekat.
- Biarkan masak seketika sehingga telur sedikit keras.
- Masukkan nenas dan kacau perlahan-lahan sehingga masak.
- Tutup api...tadaaa..dh siap!
Bahan utama, telur itik bukan yang masin ye ;)
lihatla kuning telur yang cantik tu ;)
Menjarakkan jarak antara telur untuk elak telur melekat
0 comments:
Post a Comment