Wednesday 17 April 2013

SATAY AYAM SEHANGAT ASMARA


Assalammualaikum,

Mm terliur tak negok gambar atas nie ;)
Sedap kan makan satay...hari-hari dapat makan satay kan best! I namakan Satay my version ini
'Satay Ayam Sehangat Asmara' hihi ini semua pasal Drama Sehangat Asmara....teringat-ingat masa cucuk nak wat satay nie ;P

satay my version nie special sebab letak madu..so bila makan fuhhh...sehangat asmara! jangat terlama bakar sudah nanti jadi sehangit asmara daa ;)


RESEPI SATAY AYAM SEHANGAT ASMARA

Bahan:
1 kg chicken tight+dada ayam * dipotong kecil
3 biji bawang besar              *dikisar
5 ulas bawang putih             *dikisar
2 inch halia                           *dikisar
2 inch galangal @ lengkuas *dikisar
3 batang serai                       *dikisar
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
Gula (1 1/2 cawan)
Garam
Madu 1/2 cawan
2 sudu serbuk kunyit
lidi pencucuk


Cara:
  1. Kisar bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia, galangal dan serai)
  2. Satukan isi ayam yang bersama bahan kisar beserta jintan manis, jintan putih, garam, gula, madu dan serbuk kunyit kemudian diratakan.
  3. Perap ayam didalam peti sejuk. (kebiasaanya ayam diperap sebelah malam dan keesokkannya boleh la dibakar).
  4. lidi pencucuk direndam sekejap sebelum dicucuk dengan ayam perapan untuk mengelakkan lidi hangus ;)
  5. Bakar satay ayam di atas grill atau atas arang.
  6. Semasa membakar, lembapkan ayam dengan minyak dicampur sedikit dengan air perapan ayam. (boleh menggunakan sebatang serai sebagai 'berus')
  7. Grill dan balik-balikkan satay tersebut sehingga masak.
  8. Satay bolehlah dihidang dan dimakan bersama kuah kacang, nasi impit dan timun...selamat mencuba ;)

 isi ayam yang digaul rata dengan bahan kisar
 
 
 
ready untuk diperap dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman
 
 
 
isi ayam yang siap dicucuk
 
 
 
I bakar sate menggunakan Healthy Grill George Foreman
 

 
 
Satay yang hampir masak....;)
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...